hai hai hai hai and hai :) *okayhh enough with hai mun kali ni kita disegmen resepi ;)
macam yang aku cakap before ni lah kann, resepi ni untuk beginers boleh lah, yang baru nak try memasak, yang dah expert (?) okayhhh main jejauh pleassseeee haha tak lah, kalo ade yang salah, sila tegur di komen okayhhh ? ;)
aku suka bereksperimen dalam memasak, terutama ayam *eheeem no wonder makin besor ;p jadi, aku google resepi ayam goreng berempah ni and jumpe belog akak baik hati ni yang bagi resepi asal :D
courtesy, google images
tapi aku alter sikit, sebab kemalasan dan juga disebabkan kemudahan serta kesedapan !
bahan-bahan :
#ayam potong potong
#5 biji bawang putih*
#2 biji bawang besar*
#1 inci halia*
#5 batang serai* yang ni potong lah dulu jangan disumbat je dalam pengisar okayhhh :D
#1 sudu ketumbar*
#1 sudu kari
#1 sudu kunyit
#1 sudu serbuk cili
#3 sudu tepung jagung
#1 biji telur
#1 tangkai daun kari
cara-caranya :
1. memula korang blend dulu semua yang tanda * tuh, blend letak air tapi sikit okayhhh.
2. masukkan ayam and bahan blend and semua bahan yang ade tuh and perap selama mana kau nak haha jangan sampai seharian sudah lah kannn haha
3. goreng :)
senang tak senang tak ? hihi senang jeh sebenarnya sebab kau tinggal blend, ce kalo kau tumbuk, fuhhhh patoh tangan mak nakk --'
aroma bau dikala kau orang goreng plak akan buat kau rase nak berenang renang jugak je dalam minyak tuh sambil main kejarkejar sebab bau die fuhhhhhh mengoda habessss ! haha
selamat mencuba :)
6 comments:
wahh..sedapnya..nak..!!!
yeay, boleh try masak masa cuti nanti..hehe.
kalau sampai tahap buat rasa nak berenang-renang dalam minyak tu,tak nak cubalah :PPP
saya tak nak kena burn dengan minyak panas :p
gambar tu jangan nak goda sangat lah kan hahahaha
naseb baik dah mkn.. tak tergoda sgt bila tgk huhu
walaaaaaaaah. bestnya. Pos taw :D
Pasang niat nak beli Buku masakan apa tah tajuk. -..-
Post a Comment